MUTIARA KATA
1. Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
2. Mengapa tidak lalui hidup secara mudah iaitu terima apabila datang, sabar apabila tiada. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
3. Cinta memang ajaib, ketika usia semakin meningkat, cinta tidak pernah tua, ia tetap muda sepanjang masa. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
4.Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
5.Semua yang ada pada seseorang memang perfect pada mata kita sehinggalah kita benar-benar tinggal sebumbung dengannya. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
6. Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan supaya kita boleh menerima sebarang kegagalan andainya disuratkan begitu, tetapi bercintalah anda sesungguhnya dan sepenuhnya tatkala sudah berkahwin nanti, sebab itulah yang menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
7. Andainya seseorang itu jujur ingin mendampingi anda, anda tidak harus menutup pintu hati untuknya. Menutup hati terus akan hanya merosakkan perasaan sendiri sebab manusia memang perlukan kasih sayang untuk memenuhi kehendak nuraninya. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
8. Bercouple selagi tidak melakukan perkara-perkara yang salah mengikut syariat Islam bukanlah masalah. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
9. Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
10. Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
11. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
11. Tanpa matlamat untuk berkahwin di sinilah syaitan mencelah-celah. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
13. Jangan terjemahkan perasaan cinta itu melalui perhubungan yang salah kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
14. Bagaimana seseorang itu dapat dikahwini kalau orang langsung tidak menyedari akan kewujudannya? ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
15. Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
16. Perkahwinan yang bahagia dapat dibina setelah melalui keserasian manakala keserasian itu pula dapat dibentuk melalui percintaan yang serasi. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
17. Bercinta untuk menambah dan meningkat keimanan, ia bukan satu kesalahan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
18. Realitinya, kecantikan bukanlah sepenuhnya terletak pada muka, tetapi wajah yang lebih mendominasi. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
19. Muka adalah apa yang dipamerkan, seadanya ia, sedangkan wajah adalah muka yang telah diberikan pendekatan dan penampilan berbeza, diperkuat oleh suara, senyuman, lirikan mata serta susuk tubuh mahupun bahasa badan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
20. Usah risau kalau orang berkata wajah kita tidak jelita, sebab orang itu hanya mewakili dirinya sahaja, sedangkan ada berjuta lagi manusia di luar sana yang memiliki persepsi berbeza. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
21. Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita, lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
22. Jika tidak dapat membezakan antara daging fresh dengan yang bangkai, bukankah itu haiwan namanya. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
23. Jadikanlah perkahwinan proses untuk membina zuriat yang sihat serta jalan menuju keredhaan ILAHI. Sebarang perbuatan yang menyalahi hanyalah menyamai tingkah laku haiwan, bahkan mungkin lebih buruk lagi - ia amat memalukan dan amat-amat tidak padan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
24. Batasilah perasaan terlalu cenderung untuk menyintai manusia lebih dari segalanya, sedangkan cinta selain kepada yang Maha Esa itu pasti padam dan tidak kekal. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
25. Cinta adalah suatu perasaan yang sedia ada dalam setiap jiwa. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
26. Cinta ini perlu dipupuk lalu dibentuk mengikut acuan yang sebenar sebagaimana cinta semestinya. Jika tiada acuan diberikan lahirlah cinta sumbang lagi memualkan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
27. Cintai ALLAH, hidup menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya hidup menjadi selesa dan bahagia. Jika pun harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap ALLAH. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
28. Cintailah dia kerana ALLAH, tindakan anda tidak akan menjadi salah. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
29. Setiap keputusan yang tepat bermakna jaya dan bahagia. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
30. Seseorang remaja boleh sahaja bermodalkan cinta untuk menawan hati pasangannya, tetapi untuk bertanggungjawab akibat dari hambatan rasa cinta itu selalunya amat sedikit malah boleh dikatakan hampir tiada. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
31. Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
32. Hanya orang yang bijak akan merasai betapa sucinya cinta, tetapi untuk sampai merasai betapa sucinya cinta itu, seseorang perlu membangkitkan rasa sucinya terhadap ALLAH ? ketika itulah dia dikatakan bijak. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
33. Mengapa tidak berfikir sejuta kali sebelum berbuat sesuatu yang salah? ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
34. Ketahuilah bahawa setiap kesusahan dalam hidup memang sebahagian besarnya kita sendiri yang membuatnya. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
35. Wahai gadis, pertahankanlah hak anda sebagai wanita yang memiliki sesuatu yang sangat berharga. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
36. Jadilah lebih bijak sebab tiada gunanya hidup tanpa kebijaksanaan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
37. Bertindak bijak penuh wawasan sebab sekali terjebak, kesusahannya sepanjang masa mendatang. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
38. Jika anda telah pergi kepada sepuluh orang untuk mendapat nasihat pada masalah yang sama, anda sebenarnya telah membuang masa. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
39. Seseorang itu boleh dinilai jujur cinta kasihnya pada manusia sekiranya dia juga penyayang terhadap haiwan-haiwan peliharaannya. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
40. Usia indah jika dititi dengan cinta. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj Meniti di atas cinta yang songsang ibarat berjalan di taman penuh berduri ? nikmatnya ada tetapi kesakitan tetap terasa. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
41. Silaplah jika kita gagal memahami cinta, lebih silap apabila menolak cinta bahkan lebih-lebih silap kita menjadi rosak oleh cinta. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
42. Mereka yang diulit cinta akan merasakan usianya seperti tidak pernah berganjak pergi, dengan itu dia akan terus bertenaga dan ceria menjalani hidup, biarpun kadang-kadang ditampan derita. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
43. Untuk dicintai anda juga mesti menyintai. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
44. Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
45. Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
46. Apabila kita sudah sanggup berkahwin, itu adalah bukti cinta sebenar sebab perkahwinan bukan semestinya menjanjikan kebahagiaan atau kesenangan, kadang-kadang ia adalah mukaddimah pada kesusahan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
47. Apabila berlaku perselisihan dalam perkahwinan lakukan ia dalam kelembutan. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
48. Untuk sentiasa kelihatan anggun, usahakanlah merawat wajah dan merapi diri, namun usah terlalu fanatik pada kecantikan diri sebab ia kerap boleh memesongkan anda daripada realiti. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
49. Anggun adalah kecantikan seadanya secara menyeluruh, luar dan dalam, tetapi kecantikan wajah semata-mata tentu sahaja terkeluar dari ciri-ciri anggun yang sangat diperlukan untuk membentuk peribadi seorang wanita yang disenangi. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
50. Seseorang wanita itu apabila dilihat terasa hati menjadi senang dan lapang, itulah anggun, tetapi seseorang wanita apabila dilihat hingga seolah-olah terhenti dengupan jantung oleh sebab teramat jelitanya, dia mungkin berbahaya. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
51. Anggun melambangkan keluhuran budi serta peribadi yang indah. ? DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
No comments:
Post a Comment